Simone Biles menang emas di Kejohanan Dunia di Jerman. FOTO AFP
Simone Biles menang emas di Kejohanan Dunia di Jerman. FOTO AFP
AFP

BINTANG gimnastik artistik Amerika Syarikat, Simone Biles memenangi pingat emas Kejohanan Dunia buat kali ke-16 dan kelima keseluruhan di Stuttgart, Jerman awal pagi ini.

Simone, 22, melengkapkan pingat ke-22 dunia dalam kariernya, meninggalkannya hanya mengatasi satu untuk memecah rekod terbanyak, sudah memenangi pingat emas berpasukan bersama AS pada Selasa.

Atlet muda China, Tang Xijing, 16, memenangi perak, 2.1 mata di belakang Simone, sementara Angelina Melnikova dari Russia memperoleh gangsa.

Simone mengatasi rekodnya sendiri sebagai antara atlet paling menyerlah dalam sejarah kejohanan dunia meninggalkan dia tidak jauh daripada rekod pencapaian gimnastik lelaki, Vitaly Scherbo yang memenangi 23 pingat dunia.

Simone mendahului sejak awal, mempamerkan disiplin vault dengan penuh bergaya dengan catatan 15.223 mata.

Dia meneruskan penguasaan persembahan disiplin berpalang dimana dia mencatat mata ketiga tertinggi untuk memastikan penguasaannya.

Simone menguasai beam dan merangkul emas dengan pungutan mata tertinggi 14.400 dalam senaman lantai di mana dia hanya memerlukan 12.300 untuk mengesahkan kejuaraan.

Dia dijangka menambah koleksi pungutan pingat dan memecah rekod Scherbo dalam acara berpasukan final hujung minggu ini.

“Saya amat berbangga dan teruja,” katanya.

“Saya rasa seperti bukan diri saya dan kadang kala saya terfikir bagaimana saya melakukannya. Saya kadang kali mengimpikan dapat keluar daripada tubuh badan ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana saya melakukannya.

“Saya melihat kembali menerusi video dan sukar dibayangkan bagaimana saya lakukannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 1:00 PM