SIMONE terus membuktikan kehebatannya. FOTO Reuters
SIMONE terus membuktikan kehebatannya. FOTO Reuters
Reuters

Antwerp: Simone Biles dari Amerika Syarikat (AS) memenangi gelaran all-around keenamnya di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia untuk menjadi gimnas yang paling berjaya dalam sejarah sukan itu.

Simone mencatatkan jumlah 58.399 mata selepas persembahan cemerlang disiplin melombol sebelum dia mengekalkan tekanan pada palang bertingkat sebelum cemerlang di batang titian dan walaupun tersandung di senaman lantai, sensasi AS itu mengekalkan rutinnya untuk menang.

Simone, yang memenangi gelaran dunia pertamanya semasa berusia 16 tahun di Antwerp sedekad yang lalu, meraih 27 pingat Kejohanan Dunia, termasuk 21 emas, selepas turut membawa pasukan wanita AS meraih gelaran ketujuh berturut-turut.

Dia juga melepasi rekod 33 pingat yang dicatatkan gimnas Belarus, Vitaly Scherbo secara keseluruhan di Sukan Olimpik dan kejohanan dunia.

"Saya sangat emosi kerana 10 tahun (yang lalu) saya memenangi pingat kejohanan dunia pertama saya, kini kami kembali ke sini. Jadi ia penuh emosi," katanya.

"Ia bermakna segala-galanya kepada saya, perjuangan, semua yang saya lakukan kembali ke tempat ini untuk berasa selesa dan cukup yakin bersaing."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2023 @ 10:06 AM