Andy Murray. FOTO File Reuters
Andy Murray. FOTO File Reuters
Reuters

ANDY Murray akan membuat kemunculan semula dalam acara perseorangan di Terbuka Cincinnati yang dijadualkan bermula hari ini, selepas diberi peluang beraksi, menurut bekas pemain nombor satu dunia dari Britain itu.

Pemain berusia 32 tahun yang juga juara tiga kali Grand Slam tidak beraksi dalam acara perseorangan sejak kekalahan di pusingan pertama Terbuka Australia pada Januari ke atas pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut, selepas dia terpaksa menjalani pembedahan pinggul untuk menyelamatkan kerjayanya.

“Perasaan itu apabila kamu menerima kelebihan untuk beraksi dalam acara perseorangan di Cinci... #MariLakukanini #Disinilahkami,” kata Murray ketika memuat naik kenyataan ringkas di Facebook yang turut memaparkan gambar dua meraikan kejayaan memperoleh mata.

Murray kembali dalam aksi beregu di Kelab Queen tahun ini, memenangi kejuaraan menerusi gandingan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez dan turut beraksi dalam acara beregu campuran bersama Serena Williams dan beregu lelaki bergandingan dengan pemain Perancis Pierre-Hugues Herbert di Wimbledon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 10:05 AM