Andy Murray melakukan pukulan berdepan gandingan pemain Colombia, Juan Sebastian Cabal dan Robert Farah. FOTO Reuters
Andy Murray melakukan pukulan berdepan gandingan pemain Colombia, Juan Sebastian Cabal dan Robert Farah. FOTO Reuters
AFP

BEKAS pemain nombor satu, Andy Murray yang merumuskan “perubahan kehidupan” selepas pembedahan pinggul kembali melakar rentak kemenangan pada Kejohanan ATP Fever-Tree di Kelab Queen’s, London, awal pagi ini.

Juara tiga kali Grand Slam bergandingan dengan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez mencatat, 7-6 (7/5) 6-3, dalam kemenangan pertama pada perlawanan kompetitif dalam masa lima bulan.

Beraksi di gelanggang utama sambil disaksikan isterinya Kim, Murray menunjukkan sedikit gugup ketika aksi pemanas badan selepas meninggalkan gelanggang sejak Januari.

Rakannya Lopez tidak menunjukkan sebarang respon dibebani tuduhan mengatur perlawanan yang ditujukan kepadanya di media Sepanyol, dimana dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Gandingan Murray (kanan) dan Lopez catat kemenangan pusingan awal di Kejohanan ATP Fever-Tree, London. FOTO AFP
Gandingan Murray (kanan) dan Lopez catat kemenangan pusingan awal di Kejohanan ATP Fever-Tree, London. FOTO AFP

Murray selepas perlawanan itu berkata dia mungkin beraksi bermain beregu di Wimbledon bersama pemain Perancis, Pierre-Hugues Herbert.

Murray berkata dia sudah belajar serba sedikit daripada perlawanan itu. “Saya jangkakan akan menjadi pemain paling teruk dalam gelanggang itu dan berasa sangat tidak selesa ketika beraksi seperti anda tahu selepas melihat permainan pada set pertama,” katanya.

“Saya mula bermain semakin baik pada set kedua dan sangat selesa dengan keadaan pinggul yang menjejaskan kebanyakan aksi tahun lalu, saya mungkin merasakan kesakitan berdenyut-denyut.”

“Saya berasa optimis dengan masa depan,” kata Murray, sebaliknya dia mungkin mencipta sejarah kerana tiada pemain perseorangan yang beraksi semula selepas menjalani pembedahan seperti itu sebelum ini.

“Saya tidak tahu berapa lama akan ambil masa untuk berada pada tahap itu, tetapi anda tahu, harap ia tidak terlalu lama.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 11:46 AM