Pemain tenis Sepanyol, Paula Badosa gagal meneruskan aksi di Olimpik Tokyo. FOTO EPA
Pemain tenis Sepanyol, Paula Badosa gagal meneruskan aksi di Olimpik Tokyo. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Pemain Sepanyol, Paula Badosa meninggalkan gelanggang dengan berkerusi roda selepas menarik diri daripada perlawanan suku akhir berdepan Marketa Vondrousova kerana berdepan bahang panas terik di Tokyo, hari ini.

Paula tewas di set pertama 3-6 tapi gagal meneruskan perlawanan selepas meminta tempoh rawatan yang panjang. Marketa menenangkan lawannya ketika dia berada di kerusi.

"Agak memalukan apabila menamatkan perlawanan dengan cara seperti ini. Keadaan sangat sukar sejak hari pertama, kami cuba menyesuaikan diri pada tahap terbaik tetapi tubuh badan tidak dapat bertahan seperti diperlukan," kata Paula.

"Saya berdepan bahang panas terik seperti yang anda semua lihat dan saya sebenarnya rasa cergas untuk terus mengambil bahagian dalam perlawanan itu."

Paula kemudian menarik diri daripada perlawanan beregu campuran bergandingan dengan Pablo Carreno Busta. Pasangan Sepanyol itu digantikan dengan wakil Perancis, Fiona Ferro dan Pierre-Hugues Herbert.

Selepas hujan di Ariake Tennis Park, suhu meningkat kepada 32 darjah Celsius (90 degrees Fahrenheit), dengan index panas terik mencecah 37C.

Daniil Medvedev sekali lagi mengkritik masa 11 pagi perlawanan bermula ketika sensasi Rusia itu kelihatan tidak bermaya ketika beraksi dalam keadaan panas terik sebelum berjaya menyesuaikan diri untuk mara ke suku akhir lelaki.

"Semua pemain yang saya kenali berkata adalah tidak normal bermula jam 11," kata Medvedev, yang mendedahkan Novak Djokovic mengadakan perbincangan dengan penganjur untuk memulakan saingan lebih lewat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 8:11 PM