Esme Jo

PEMAIN pertahanan Manchester United, Luke Shaw dipilih selaku pemain Terbaik Tahunan dan Pemain Terbaik dalam kalangan Pemain pada majlis Anugerah Sir Matt Busby di Old Trafford, Manchester, malam tadi.

Majlis menyaksikan barisan bintang United tersenyum ceria menghadiri majlis anugerah tahunan anjuran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Mereka turut ditemani oleh isteri serta teman wanita (WAGs) mengenakan sut penuh glamor.

Biarpun skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer melalui musim mengecewakan tetapi mereka tidak menunjukkan rasa bimbang ketika hadir bersama pasangan masing-masing.

Malah, pemain bolasepak terbabit begitu bangga ketika melalui karpet merah sebelum masuk ke dalam dewan majlis.

Shaw, antara beberapa pemain paling menyerlah kelab itu musim ini selepas muncul Pemain Terbaik Bulanan sebanyak tiga kali.

Antara hadir pada majlis itu adalah Marcus Rashford, Jesse Lingard, Chris Smalling, Anthony Martial, Phil Jones, Juan Mata, Ander Herrera, David de Gea dan Nemanja Matic.

Selain itu, Alexis Sanchez, Paul Pogba dan Ashley Young turut berada pada majlis itu bersama Solskjaer.

Kelab menghuni tangga keenam EPL itu, baru-baru ini mengumumkan pengurangan gaji sebanyak 25 peratus terhadap superstar mereka berikutan kegagalan mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 3:22 PM
Shaw raih dua anugerah Sir Matt Busby. FOTO REUTERS
Shaw raih dua anugerah Sir Matt Busby. FOTO REUTERS