PHIL Jones (kanan) bersama Ole Gunnar Solskjaer selepas menandatangani kontrak sehingga 2023. FOTO Agensi
PHIL Jones (kanan) bersama Ole Gunnar Solskjaer selepas menandatangani kontrak sehingga 2023. FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones menandatangani kontrak perjanjian baru yang menyaksikan dia kekal di Old Trafford sehingga tahun 2023 menurut jurucakap kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain kebangsaan England itu menjadi pemain terkini yang menyatakan komitmen bersama kelab itu selepas penyerang Perancis, Anthony Martial dan pemain tengah, Scott McTominay yang mana kedua-duanya menandatangani kontrak baru di bawah kendali pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya sangat berbesar hati untuk menandatangani kontrak baru ini. Manchester United telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya untuk lapan tahun ini dan saya menyukai semuanya mengenai kelab ini,” menurut Jones menerusi petikan daripada laman web kelab berkenaan. Jones menyertai United dari Blackburn Rovers.

“Saya teruja dengan cabaran yang menanti pasukan kami dan kami bersedia dengan tempoh permainan yang sibuk untuk musim ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada Solskjaer dan staf jurulatih yang berterusan memberi galakan dalam perkembangan karier saya.

Jones mengumpul 208 penampilan untuk United dalam semua pertandingan disertai namun Solskjaer memberi sokong kepada pemain berusia 26 tahun itu untuk menambahkan koleksi penampilan peribadinya dalam tahun kemuncak di kelab itu.

 AKSI pemain Manchester United, Phil Jones (kiri) ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini.
AKSI pemain Manchester United, Phil Jones (kiri) ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini.

“Jones tahu apa yang diperlukan sebagai pemain Manchester United, Dia sudah memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Europa dan kini dia adalah antara pemain senior dalam pasukan,” kata Solskjaer.

“Hari lahir ke 27 tahunnya semakin hampir dan dia memasuki tahun kemuncak bersama pasukan. Kami gembira dia komited untuk menyambung kontrak bersama kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 7:23 PM