CORENTIN TOLISSO
CORENTIN TOLISSO
Reuters

MOSCOW: Perancis masih belum menyinar di Piala Dunia namun mereka ada sebab untuk menunjukkan sesuatu yang istimewa apabila berdepan Denmark pada saingan terakhir Kumpulan C Selasa ini.

Les Bleus sudah layak ke pusingan kalah mati menerusi kemenangan berdepan Australia dan Peru namun mereka cuba mengelak Croatia pada 16 pasukan terakhir selepas skuad dari Balkan itu, pasukan pilihan Kumpulan D, menunjukkan kehebatan dalam perlawanan awal.

Perancis memerlukan seri dan juga kedudukan teratas kumpulan untuk berpotensi berdepan pasukan kedua terbaik Kumpulan D, Argentina atau Nigeria.

Selain itu, mereka juga mahu membalas kenyataan dibuat jurulatih Denmark, Age Hareide, yang berkata bulan lalu bahawa skuad kendalian Didier Deschamps ‘tiada apa yang istimewa.’

“Kami bercakap mengenainya bersama-sama dan kami mahu menunjukkan kepadanya bahawa dia salah,” kata pemain tengah, Corentin Tolisso.

Hareide juga mengkritik Paul Pogba kerana suka membuat potongan rambut pelbagai yang ditertawakan pemain tengah Perancis itu.

“Saya sepatutnya mewarnakan rambut saya merah. Tetapi serius, kami akan menunjukkannya di tengah padang,” katanya hari ini.

Denmark akan mara jika seri namun kekalahan dibantu jika Australia menang berdepan Peru, akan menyingkirkan mereka.

Perancis tampak lebih takutkan Croatia berbanding Denmark, lawan yang mereka tewaskan enam kali dalam tujuh pertemuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 1:06 AM