PEMAIN tengah Lyon, Tanguy Ndombele. FOTO AFP
PEMAIN tengah Lyon, Tanguy Ndombele. FOTO AFP
AFP

PARIS: Peningkatan ketara pemain tengah Tanguy Ndombele dalam kancah bola sepak Perancis membolehkannya meraih panggilan sulung ketika juara Piala Dunia itu bersiap sedia bagi perlawanan menentang Iceland dan Jerman.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, yang mengemudi Les Bleus mengatasi Croatia untuk memenangi Piala Dunia pada musim panas lalu, turut memanggil semula pemain Crystal Palace, Mamadou Sakho, susulan dua tahun tidak beraksi, ketika beliau menghadapi masalah kecederaan pertahanan dengan kedua-dua pemain Samuel Umtiti dan Adil Rami antara diketepikan.

Perancis bertemu Iceland pada aksi persahabatan Khamis depan dan kemudian Jerman bagi aksi Liga Negara Eropah lima hari berikutnya, perlawanan yang mana Ndombele berharap meraih pengalaman selepas tampil menggantikan bintang Bayern Munich yang cedera, Corentin Tolisso.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu masih bersama kelab divisyen dua ketika itu, Amiens lebih setahun lalu.

Sejak dia menyertai kelab gergasi Ligue 1, Lyon, dia sudah meraih pengalaman beraksi dalam Liga Europa dan Liga Juara-Juara dan kini berpeluang merebut tempat dalam skuad Perancis.

Sekalipun dia tampil menggantikan Tolisso, Deschamps pantas memuji potensi Ndombele.

“Dia mampu melakukan apa saja di bahagian tengah,” kata Deschamps.

“Dia mempunyai kemahiran teknikal hebat dan ketika ini bersama Lyon dia bermain lebih kerap.”

SKUAD PERANCIS

Penjaga gol: Alphonse Areola (Paris Saint-Germain), Hugo Lloris (Tottenham/ENG), Steve Mandanda (Marseille).

Pertahanan: Lucas Digne (Everton/ENG), Lucas Hernandez (Atletico Madrid/ESP), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Benjamin Pavard (Stuttgart/GER), Mamadou Sakho (Crystal Palace/ENG), Djibril Sidibe (Monaco), Raphael Varane (Real Madrid/ESP), Kurt Zouma (Everton/ENG).

Tengah: N’Golo Kante (Chelsea/ENG), Thomas Lemar (Atletico Madrid/ESP), Blaise Matuidi (Juventus/ITA), Tanguy Ndombele (Lyon), Steven Nzonzi (Roma/ITA), Paul Pogba (Manchester United/ENG).

Penyerang: Ousmane Dembele (Barcelona/ESP), Nabil Fekir (Lyon), Olivier Giroud (Chelsea/ENG), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Florian Thauvin (Marseille)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 1:14 AM