Geiger ketika mengadili perlawanan Portugal dan Maghribi. FOTO Reuters
Geiger ketika mengadili perlawanan Portugal dan Maghribi. FOTO Reuters
Agensi

MOSCOW: Pemain sayap Maghribi, Nordin Amrabat mendakwa pengadil perlawanan, Mark Geiger cuba meminta jersi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, pada aksi membabitkan dua pasukan itu, semalam.

Kedua-dua pasukan itu berentap di Stadium Luzhniki yang menyaksikan Portugal meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal Ronaldo.

Bintang Real Madrid itu meledak gol keempatnya pada temasya kali ini untuk membantu skuad bimbingan Fernando Santos itu meraih kemenangan pertama dalam dua aksi sekali gus mendahului Kumpulan B.

Namun, Geiger lebih mencuri tumpuan apabila dikatakan cuba meminta jersi Ronaldo.

"Mengagumkan. Saya tidak tahu apa yang sering dilakukan oleh pengadil dari Amerika Syarikat itu.

"Dia begitu teruja dengan Cristiano Ronaldo. Saya mendengar daripada Pepe bahawa dia mahukan jersinya pada separuh masa pertama.

"Apa yang berlaku ini? Kami di sini untuk Piala Dunia dan ini bukannya sarkas!"

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 12:38 PM