RONALDO (tengah) memanaskan badan menjelang perlawanan suku akhir menentang Maghribi. FOTO Reuters
RONALDO (tengah) memanaskan badan menjelang perlawanan suku akhir menentang Maghribi. FOTO Reuters
AFP

Doha: Cristiano Ronaldo diletakkan di bangku simpanan sekali lagi apabila Portugal turun untuk menentang Maghribi di suku akhir Piala Dunia, malam ini.

Sebelum ini, jurulatih, Fernando Santos menggugurkan pemenang lima kali Ballon d'Or itu ketika menang 6-1 ke atas Switzerland pada aksi 16 terakhir dan mengekalkan barisan sama untuk menentang skuad Afrika Utara itu.

Goncalo Ramos yang meledak hatrik ketika menang 6-1 itu, sekali lagi diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama dengan sokongan Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Joao Felix.

Rombakan tunggal dilakukan Santos adalah Ruben Neves menggantikan William Carvalho sebagai pemain tengah bertahan manakala pemain pertahanan Manchester City, Joao Cancelo kekal di bangku simpanan bersama Ronaldo.

Magribi melakukan dua pertukaran di benteng apabila Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui tidak dapat bermain kerana cedera.

Jawad El Yamiq diturunkan sebagai bek tengah menggantikan pemain pertahanan West Ham itu manakala Yahya Attiat-Allah di posisi bek kiri.

Maghribi mengekalkan barisan pemain tengah yang memastikan mereka menang ke atas Sepanyol pada aksi 16 terakhir dan layak ke suku akhir kali pertama dalam sejarah.

SENARAI PEMAIN:

Maghribi (4-3-3): Yassine Bounou; Achraf Hakimi, Jawad El Yamiq, Romain Saiss (kapten), Yahya Attiat-Allah; Sofyan Amrabat, Azzedine Ounahi, Selim Amallah; Hakim Ziyech, Youssef En-Nesyri, Sofiane Boufal

Jurulatih: Walid Regragui (MAR)

Portugal (4-2-3-1): Diogo Costa; Diogo Dalot, Ruben Dias, Pepe (kapten), Raphael Guerreiro; Ruben Neves, Otavio; Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Joao Felix; Goncalo Ramos

Jurulatih: Fernando Santos (POR)

Pengadil: Facundo Tello (ARG)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 10:32 PM