Eduardo Camavinga. FOTO Agensi
Eduardo Camavinga. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Bintang Perancis, Eduardo Camavinga berkata dia tidak akan membasuh jersi Cristiano Ronaldo yang diberikan kepadanya selepas pasukannya seri 0-0 menentang Portugal, semalam.

Pemain kelab Rennes berusia 17 tahun itu, tidak beraksi dalam perlawanan berkenaan.

Namun dia berjaya menarik perhatian pemenang lima kali Ballon d'Or itu yang memberikan jersinya selepas perlawanan.

Camavinga (gambar kanan) bersama jersi yang dipakai Ronaldo. FOTO Agensi
Camavinga (gambar kanan) bersama jersi yang dipakai Ronaldo. FOTO Agensi

Camavinga memuat naik gambar jersi Ronaldo dan menulis di media sosialnya: "Saya tidak akan membasuhnya."

Pemain yang mula menarik perhatian kelab-kelab elit Eropah itu menjaringkan gol menarik ketika Perancis membelasah Ukraine 7-1.

Camavinga sebelum ini lantang menyuarakan hasratnya bermain untuk Real Madrid selepas menjadikan bintang Portugal itu sebagai idolanya ketika Ronaldo di Bernabeu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 3:13 PM