RENARD (tengah) puji aksi anak buahnya. FOTO/AFP
RENARD (tengah) puji aksi anak buahnya. FOTO/AFP
Reuters

MOSCOW: Jurulatih Maghribi Herve Renard berbangga dengan aksi anak buahnya meskipun berang dengan cara Cristiano Ronaldo meraih gol tunggal buat Portugal yang akan menyebabkan pasukan Afrika Utara itu tersingkir awal daripada Piala Dunia.

Jurulatih kelahiran Perancis itu enggan menyalahkan pengadil Amerika Syarikat Mark Geiger selepas kekalahan 0-1 dalam Kumpulan B.

Bagaimanapun beliau tidak berpuas hati di mana pasukannya wajar mendapatkan sepakan percuma susulan perlanggaran di antara pertahanan Portugal Pepe dengan Khalid Boutaib, yang mengawal benteng pertahanan untuk sepakan sudut yang membolehkan Ronaldo melakukan tandukan pada minit keempat.

Renard ternyata beremosi selepas kekalahan itu, kekalahan kedua selepas tewas kepada Iran pada minit terakhir dan menegaskan pasukan itu wajar berbangga dengan pasukan mereka namun gagal merebut peluang.

“Saya bangga dengan permainan dan pemain saya, bangga dengan negara ini,” kata Renard, 49, yang menjuarai Piala Negara Afrika bersama Zambia dan Ivory Coast.

“Kami berhak menang. Kami mempunyai lima atau enam peluang pada separuh masa kedua.”

Renard yang turut berterima kasih kepada penyokong yang menjadikan Stadium Luzhniki seperti Casablanca, kecewa kerana gagal memberi hadiah sempurna buat penyokong.

Äpa yang saya pasti pada ketika ini adalah seluruh rakyat Maghribi berbangga dengan pasukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 12:41 AM