Wenger sedia melepaskan Sanchez ke City. FOTO AFP
Wenger sedia melepaskan Sanchez ke City. FOTO AFP
Independent

ALEXIS Sanchez bakal menjadi pemain Manchester City dalam tempoh tidak sampai seminggu lagi.

Menurut sumber terdekat kepada penyerang Arsenal itu, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam proses mendapatkan perpindahan untuk pemain Chile itu.

City menimbang perpindahan untuk Sanchez sekarang atau menunggunya bebas pada penghujung musim selepas cubaan mendapatkannya dinafikan pada musim lalu.

Bagaimanapun, kecederaan menimpa Gabriel Jesus menyebabkan mereka mengambil langkah itu selepas potensi rundingan dibuka semula minggu lalu.

Pada masa sama, difahamkan Arsene Wenger bersedia melonggarkan sekatan untuk penjualannya biarpun sebelum ini bertegas mahu mengekalkan Sanchez di Stadium Emirates.

Arsenal menetapkan harga £35j (RM190 juta) tetapi City mahu jumlah kurang daripada itu dengan alasan kontraknya tamat pada penghujung saingan musim.

Skuad Pep Guardiola menerima tamparan selepas Jesus tidak dapat beraksi selama dua bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 3:32 PM