GIROUD (kanan) jaring gol ketiga Gunners.
GIROUD (kanan) jaring gol ketiga Gunners.
AFP

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata, beliau tidak begitu bimbang dengan hakikat jadual perlawanan ketat mungkin menjejaskan peluang pasukannya untuk menjulang beberapa gelaran musim ini.

Pengendali Perancis itu merehatkan beberapa pemain termasuk Mesut Ozil ketika membenam Sunderland 3-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA kelmarin hasil jaringan Joel Campbell, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud.

Alexis Sanchez, Jack Wilshere, Danny Welbeck dan Tomas Rosicky semuanya disenaraikan sebagai pemain simpanan tetapi Wenger yakin skuad diturunkan mempunyai kekuatan cukup untuk menangani lawan.

“Memang ada sedikit keraguan,” kata Wenger ketika pasukannya mahu menjulang Piala FA buat kali ketiga berturut-turut.

“Tapi saya percaya langkah seterusnya ialah membawa masuk Rosicky, Welbeck, Sanchez, Wilshere dan mungkin kami akan mendapatkan seorang lagi pemain ketika jendela perpindahan pemain kali ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 7:32 AM