SANCHEZ diharap dapat terus kekal di Emirates. -Foto AFP
SANCHEZ diharap dapat terus kekal di Emirates. -Foto AFP
Reuters

BOS Arsenal, Arsene Wenger tidak akan menjual Mesut Ozil dan Alexis Sanchez pada jendela perpindahan Januari ‘kecuali sesuatu yang luar biasa berlaku.’

Kontrak kedua-dua tonggak Gunners itu akan berakhir pada musim panas ini lantas menjadi subjek kepada spekulasi yang mengatakan mereka akan angkat kaki dari Emirates.

Ozil dikatakan sedang dipancing Manchester United dan Barcelona manakala Sanchez memperoleh minat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dengan tawaran terhadapnya sudah ditolak sebelum ini.

OZIL (kanan) diintai United dan juga Barcelona. -Foto AFP
OZIL (kanan) diintai United dan juga Barcelona. -Foto AFP

Bercakap menjelang perlawanan dengan Huddersfield Town, esok, Wenger ketika ditanya sama ada beliau berfikir kedua-duanya akan terus berada di Emirates selepas jendela perpindahan Januari berakhir berkata: “Ya, sudah tentu.

“Saya menafikannya. Saya tidak berfikir mengenainya setiap hari. Selagi mereka berada di sini dan memberikan yang terbaik untuk kelab.

“Di dalam kepala saya, mereka akan kekal sehingga penghujung musim, kecuali ada sesuatu yang luar biasa berlaku, saya tidak dapat melihat ia akan berubah.”

Jika kedua-dua pemain tidak menandatangani kontrak lanjutan, mereka sepatutnya mula berbincang dengan kelab yang berminat mendapatkan khidmat mereka ketika perpindahan Januari ini.

Ketika ditanya sama ada Ozil mahupun Sanchez akan kekal untuk jangka masa yang panjang, Wenger menjawab: “Saya bukan satu-satunya orang yang memutuskan perkara ini. Mereka juga perlu membuat keputusan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2017 @ 11:11 PM