FERNANDES (kanan) dipanggil sertai kem Portugal bagi menggantikan Pizzi yang mengalami kecederaan. -Foto AFP
FERNANDES (kanan) dipanggil sertai kem Portugal bagi menggantikan Pizzi yang mengalami kecederaan. -Foto AFP
AFP

LISBON: Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon dipanggil Portugal bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Kepulauan Faroe dan Hungary selepas penarikan diri Pizzi yang mengalami kecederaan, umum Persekutuan Bolasepak Portugal, semalam.

Pemain tengah Benfica, Pizzi, 27, menyertai skuad juara Eropah itu berdekatan ibu negara Lisbon semalam namun kemudian dilepaskan dan dibenar kembali ke kelabnya.

Bruno Fernandes, 22, bermula cemerlang awal musim ini bersama Sporting selepas berpindah dari Sampdoria pada musim panas kali ini.

Portugal menanti kunjungan Kepulauan Faroe di Estadio do Bessa di Oporto awal pagi Jumaat ini sebelum berdepan Hungary di Budapest, Ahad ini.

Mereka menghuni tangga kedua kelayakan Kumpulan B zon Eropah bagi Piala Dunia di Russia tahun depan, tiga mata di belakang pendahulu Switzerland namun lapan mata di depan pasukan tangga ketiga Hungary.

Hanya juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir.

SKUAD PORTUGAL

Penjaga gol: Rui Patricio (Sporting), Beto (Goztepe/TUR), Bruno Varela (Benfica)

Pertahanan: Joao Cancelo (Inter Milan/ITA), Cedric Soares (Southampton/ENG), Pepe (Besiktas/TUR), Bruno Alves (Rangers/SCO), Jose Fonte (West Ham/ENG), Fabio Coentrao (Sporting), Eliseu (Benfica)

Tengah: William Carvalho (Sporting), Adrien Silva (Sporting), Danilo Pereira (FC Porto), Joao Moutinho (Monaco/FRA), Bruno Fernandes (Sporting), Joao Mario (Inter Milan/ITA), Andre Gomes (Barcelona/ESP)

Penyerang: Cristiano Ronaldo (Real Madrid/ESP), Bernardo Silva (Manchester City/ENG), Ricardo Quaresma (Besiktas/TUR), Gelson Martins (Sporting), Andre Silva (AC Milan/ITA), Bruma (RB Leipzig/GER), Nelson Oliveira (Norwich/ENG).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 7:45 AM