Joao Mario kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Portugal. FOTO Agensi
Joao Mario kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Portugal. FOTO Agensi
AFP

Lisbon: Pemenang Euro 2016 bersama Portugal, Joao Mario turut disenaraikan jurulatih Fernando Santos hari ini, dalam skuad kebangsaan negara itu sebagai persediaan bagi menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia.

Perancang tengah Benfica berusia 28 tahun itu, memperoleh kap ke-45 pada Oktober 2019 disamping pertahanan kiri Leicester, Ricardo Pereira, yang beraksi dalam kebanyakan perlawanan antarabangsa pada November tahun yang sama.

Pemain tengah Lille, Renatos Sanches dan penyerang Atletico Madrid, Joao Felix tercicir dari senarai kerana kecederaan.

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo yang boleh memecah rekod jaringan antarabangsa, Ali Daei 109 dengan hanya satu gol lagi turut disenaraikan oleh Santos bagi aksi kelayakan Portugal menentang Ireland pada 1 September dan Azerbaijan pada 7 September serta beraksi dalam perlawanan persahabatan berdepan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar pada 4 September.

Senarai pemain skuad Portugal:

Penjaga gol: Rui Patricio (Wolverhampton/ENG), Anthony Lopes (Lyon/FRA), Diogo Costa (Porto)

Pertahanan: Joao Cancelo (Manchester City/ENG), Ricardo Pereira (Leicester City/ENG), Goncalo Inacio (Sporting Lisbon), Ruben Dias (Manchester City/ENG), Pepe (Porto), Nuno Mendes (Sporting Lisbon), Domingos Duarte (Granada/ESP) Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund/GER)

Tengah: Danilo Pereira (Paris Saint-Germain/FRA), Joao Palhinha (Sporting Lisbon), Ruben Neves (Wolves/ENG), Joao Moutinho (Wolves/ENG), Bruno Fernandes (Manchester United/ENG), Otavio (Porto), Joao Mario (Benfica)

Penyerang: Bernardo Silva (Manchester City/ENG) Cristiano Ronaldo (Juventus/ITA), Diogo Jota (Liverpool/ENG), Rafa Silva (Benfica), Andra Silva (RB Leipzig/GER), Pedro Goncalves (Sporting Lisbon).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 9:45 PM