SANCHES (kanan) bersaing dengan pemain Perancis, Moussa Sissoko pada final Euro 2016. — FOTO Agensi
SANCHES (kanan) bersaing dengan pemain Perancis, Moussa Sissoko pada final Euro 2016. — FOTO Agensi
Reuters

PORTUGAL membuat keputusan mengejut memanggil semula Renato Sanches, pemenang Euro 2016 yang mana kariernya merudum sejak itu, ketika mereka menamakan skuad bagi aksi kelayakan Euro 2020 bulan depan.

Pemain tengah bertahan itu menjadi tonggak utama apabila dia membantu Portugal memenangi Kejohanan Eropah pada usia 18 tahun namun dia bergelut untuk beraksi di Bayern Munich.

Dia memulakan hanya 10 perlawanan Bundesliga dalam dua musim di Bayern. Dia kemudian beraksi secara pinjaman di Swansea City, yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris ketika itu, namun mengalami kecederaan dan hilang keyakinan. Dia menyertal kelab Ligue 1, Lille minggu lalu.

Bagi kebanyakan pemerhati, dia menjadi contoh kepada masalah yang wujud apabila seorang pemain berbakat meninggalkan kelab pertamanya terlalu awal.

SANTOS melayan wartawan pada sidang media di Oeiras, dekat Lisbon awal pagi tadi. — FOTO EPA
SANTOS melayan wartawan pada sidang media di Oeiras, dekat Lisbon awal pagi tadi. — FOTO EPA

“Berapa ramai pemain boleh menyatakan pada usianya mereka adalah juara Eropah,” kata jurulatih Fernando Santos pada sidang media.

“Malangnya buat Renato, dia tidak bermain secara kerap. Tapi dia sudah bekerja keras dan membuktikan kesungguhannya untuk berada di sini.”

Tiada sebarang penyingkiran mengejutkan dengan pemain ternama seperti Cristiano Ronaldo, Bernardo Silva dan Joao Felix semuanya disenaraikan.

Portugal, pemenang Liga Negara Eropah Jun lalu, bermula hambar pada pusingan kelayakan apabila seri dua aksi pertama Kumpulan B menentang Ukraine dan Serbia di laman sendiri.

Mereka berkunjung ke Serbia pada 7 September ini dan Lithuania tiga hari kemudian.

Cristiano Ronaldo idola ramai pemain bola sepak muda. FOTO File AFP
Cristiano Ronaldo idola ramai pemain bola sepak muda. FOTO File AFP

SKUAD PORTUGAL

Penjaga gol: Rui Patricio (Wolverhampton Wanderers), Beto (Goztepe), Jose Sa (Olympiakos)

Pertahanan: Nelson Semedo (Barcelona), Joao Cancelo (Manchester City), Pepe (FC Porto), Ruben Dias (Benfica), Jose Fonte (Lille), Daniel Carrico (Sevilla), Mario Rui (Napoli), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund)

Tengah: William Carvalho (Betis), Danilo (FC Porto), Ruben Neves (Wolverhampton), Joao Moutinho (Wolverhampton), Renato Sanches (Lille), Bruno Fernandes (Sporting), Pizzi (Benfica)

Penyerang: Bernardo Silva (Manchester City), Podence (Olympiakos), Goncalo Guedes (Valencia), Cristiano Ronaldo (Juventus), Rafa Silva (Benfica), Joao Felix (Atletico Madrid), Diogo Jota (Wolverhampton)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:41 AM