ZLATKO DALIC
ZLATKO DALIC
AFP

JURULATIH Croatia, Zlatko Dalic menyenaraikan 24 pemain untuk skuad Piala Dunia, sebelum menyingkirkan seorang pemain dalam pasukan diterajui bintang antarabangsa Luka Modric, Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic.

Croatia muncul buat kali kelima di Piala Dunia dan diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama bekas juara dua kali Argentina, Nigeria dan Iceland.

“Saya tidak berdepan banyak dilema... saya sepenuhnya yakin dengan pemain,” kata Dalic. “Salah seorang penjaga gol akan digugurkan daripada senarai.”

Selepas berkumpul di Zagreb minggu ini, skuad dijadual berlepas untuk menjalani latihan persediaan di bandar Adriatic di Rovinj.

Croatia dijadual bertemu Brazil dalam perlawanan persabahatan pada 3 Jun di Anfield dan berdepan Senegal, lima hari kemudian di Osijek sebelum berlepas ke Russia.

“Saya mahu perlawanan yang besar untuk melihat situasi kami, bagi membetulkan beberapa perkara. Dua perlawanan ini akan memberi gambaran sebenar pasukan,” kata pengendali berusia 51 tahun itu.

Menurutnya, perlawanan menentang Brazil akan menjadi medan ujian terhadap pemain untuk berdepan Argentina.

Skuad Piala Dunia akan dikurangkan kepada 23 pemain pada 4 Jun nanti.

SKUAD CROATIA

Penjaga gol (3): Danijel Subasic (Monaco/FRA), Lovre Kalinic (Gent/BEL), Dominik Livakovic (Dinamo Zagreb)

Pertahanan (9): Vedran Corluka (Lokomotiv Moscow/RUS), Domagoj Vida (Besiktas/TUR), Ivan Strinic (Sampdoria/ITA), Dejan Lovren (Liverpool/ENG), Sime Vrsaljko (Atletico Madrid/ESP), Josip Pivaric (Dinamo Kiev/UKR), Tin Jedvaj (Bayer Leverkusen/GER), Matej Mitrovic (Club Brugge/BEL), Duje Caleta-Car (Salzburg/AUT)

Tengah (6): Luka Modric (Real Madrid/ESP), Ivan Rakitic (Barcelona/ESP), Mateo Kovacic (Real Madrid/ESP), Milan Badelj (Fiorentina/ITA), Marcelo Brozovic (Inter Milan/ITA), Filip Bradaric (Rijeka)

Penyerang (6): Mario Mandzukic (Juventus/ITA), Ivan Perisic (Inter Milan/ITA), Nikola Kalinic (AC Milan/ITA), Andrej Kramaric (Hoffenheim/GER), Marko Pjaca (Schalke/GER), Ante Rebic (Eintracht/GER)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 12:47 AM