Arthur (tengah) pada Program Sesi Libat Urus bersama Warga Peladang, Penternak dan Nelayan. FOTO Togi Marzuki
Arthur (tengah) pada Program Sesi Libat Urus bersama Warga Peladang, Penternak dan Nelayan. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki

[email protected]

Pontian: Lebihan durian segar akan dieksport ke China mulai September atau Oktober, tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, lambakan durian di Malaysia mengakibatkan pekebun durian menanggung kerugian termasuk memasarkan pada harga rendah.

"Kebenaran untuk mengesport buah durian segar antara perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-kedua negara semasa lawatan rasmi (Perdana Menteri China) Li Qiang ke Malaysia , minggu lalu.

"Jesteru itu, durian segar akan dipasarkan ke negara China yang difahamkan sebelum ini durian sejuk beku menerima permintaan ramai di negara berkenaan.

"Apa diharapkan, kepada golongan pengusaha dusun durian perlu menjaga kualiti durian segar yang mematuhi syarat yang dinenarkan oleh negara China," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sesi Libat Urus bersama Warga Peladang, Penternak dan Nelayan di Benut, di sini, hari ini.

Sementara itu, Arthur berkata, bagi tahun 2024 KPKM sudah menyalurkan peruntukan RM70.12 juta bagi menyokong agenda pembangunan industri agromakanan khususnya di negeri Johor.

Ia termasuk bantuan kemudahan dan peralatan nelayan B40 serta membiayai projek-projek pembangunan seperti peningkatan produktiviti akuakultur dan program pengukuhan makanan di PPK Benut, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 3:02 PM