PAUL (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas.
PAUL (tengah) menunjukkan peralatan yang dirampas.
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Empat perompak warga asing yang dipercayai terbabit dalam kecurian bot, enjin dan peralatan nelayan ditahan di perairan Benut, Pontian, pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua lelaki warga Indonesia itu berusia 30 hingga 33 tahun.

Menurutnya, kumpulan suspek berkenaan dipercayai berasal dari Bengkalis, Indonesia.

Katanya, pihaknya turut merampas tiga botdan empat enjin yang dipercayai baru dicuri kumpulan terbabit.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.8

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 1:20 PM