Suraya Roslan


TINDAKAN spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini, menyentuh perasaan ramai.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir dilihat terkejut dan cuba mengelak daripada dipeluk isterinya.

DR Mahathir dipeluk erat isterinya. FOTO chedetofficial.
DR Mahathir dipeluk erat isterinya. FOTO chedetofficial.

Bekas Perdana Menteri ketujuh itu juga kelihatan malu-malu namun orang ramai yang berada di sekeliling meminta beliau turut memeluk isterinya.

Dr Siti Hasmah dipercayai berbuat demikian bagi menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda sepanjang minggu ini.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 12:43 PM