LAPORAN Syed Saddiq berhubung penangkapan pemimpin persatuan sukan.
LAPORAN Syed Saddiq berhubung penangkapan pemimpin persatuan sukan.
Firdaus Hashim

SEORANG pemimpin veteran persatuan sukan tanahair ditahan Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa ataupun pecah amanah.

Menurut sumber, tokoh berkenaan ditahan oleh SPRM hari ini dan direman sehingga 2 Februari.

Difahamkan, beliau disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkaitan dengan persatuan itu.

Malah, penangkapan berkenaan turut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki apabila mengesahkan individu berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM atas dakwaan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut butiran kes itu.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut enggan mengulas lanjut apabila menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

Berita berkaitan

Pemimpin badan sukan ditahan SPRM?

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 11:36 PM