LOKASI kejadian. FOTO AFP
LOKASI kejadian. FOTO AFP
AFP

ALMATY: Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban hari ini apabila sebuah pesawat penumpang yang membawa 100 orang terhempas ke dalam sebuah rumah sejurus selepas berlepas dari bandar terbesar Kazakhstan, kata pihak berkuasa.

Pesawat Bek Air hilang daripada radar beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Almaty pada 7.05 pagi waktu tempatan dalam perjalanan ke ibu kota, Nur-Sultan, kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan.

“Terdapat 14 orang maut di lokasi kemalangan,” kata kerajaan bandar itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, 17 pesakit yang cedera parah dirawat di hospital termasuk lapan kanak-kanak.

Berita berkaitan

[UPDATE] Nahas pesawat, tujuh disah terkorban

Pesawat bersama 95 penumpang terhempas

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 3:05 PM