NURLAN Zhumasultanov. FOTO Reuters
NURLAN Zhumasultanov. FOTO Reuters
Reuters

ALMATY: Pesawat penumpang Bek Air yang terhempas berhampiran Almaty minggu lalu, berkata kemalangan yang mengorbankan 12 orang mungkin berpunca daripada gelora, namun penjelasan itu mendapat pertikaian segera oleh syarikat navigasi udara kebangsaan Asia Tengah.

Fokker 100 hilang ketinggian semasa mahu berlepas sebelum melanggar penghalang konkrit dan merempuh bangunan dua tingkat. Pihak berkuasa mencari punca kemalangan termasuk kesilapan juruterbang dan beberapa isu teknikal.

Dengan menyalahkan pengawal trafik udara, ketua eksekutif Bek Air, Nurlan Zhumasultanov, berkata jet itu mungkin diberi pelepasan untuk berlepas terlalu awal.

“Dalam keadaan cuaca tenang, pergolakan berlaku kira-kira dua ke tiga minit,” katanya dalam satu taklimat, sambil menambah, pesawat berkenaan berlepas kira-kira satu atau dua minit selepas jet yang terdahulu.

Bagaimanapun, syarikat milik kerajaan Kazaeronavigatsia yang bertanggungjawab terhadap kawalan lalu lintas udara, berkata jarak interval antara 1 minit 52 saat untuk berlepas adalah sejajar dengan peraturan.

Perdana Menteri Kazakh, Askar Mamin yang mengetuai suruhanjaya penyiasatan memerintahkan agar penemuan awal kemalangan dikemukakan pada 10 Januari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 8:35 PM