KUMAAHRAN, Jafri dan Syamer antara pemain sandaran Pulau Pinang. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim & Osman Adnan
KUMAAHRAN, Jafri dan Syamer antara pemain sandaran Pulau Pinang. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim & Osman Adnan
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Kedudukan tiga pemain S Kumaahran, Jafri Firdaus Chew dan Syamer Kutty Abba untuk menyertai kem latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) esok masih samar selepas Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) masih belum pasti dapat melepaskan mereka.

Pengurus pasukan Pulau Pinang L Katherisan berkata, mereka hanya akan membuat keputusan mengenai tiga tonggak itu selepas aksi Liga Super menentang PKNS FC malam ini.

“Kami hanya akan membuat keputusan selepas perlawanan esok (hari ini), setakat ini kedudukan mereka 50-50 untuk dilepaskan menyertai skuad bawah 22 tahun.

“Memang pihak pengurusan skuad bawah 22 tahun, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada menghubungi kami untuk berbincang bagi mendapatkan pertimbangan cuma dengan situasi pasukan ketika ini memang susah sikit,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Persiapan skuad B-22 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok dari 19-23 Julai ini terjejas teruk apabila hanya enam daripada 26 pemain melaporkan diri pada kem latihan pusat 5 Julai lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 5:58 AM