RUMAH agam Woods terletak di Jupiter Island. FOTO Agensi
RUMAH agam Woods terletak di Jupiter Island. FOTO Agensi
Agensi

Florida: Tiger Woods kembali ke rumahnya kelmarin selepas mengalami kecederaan serius akibat nahas jalan raya.

Legenda golf berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selepas patah kaki dan buku lalinya cedera teruk dalam kemalangan pada Februari lalu.

Dia kini berehat sambil menjalani sesi pemulihan di 'istananya' di Jupiter Island.

Kediaman berharga £41 juta (RM235 juta) itu mempunyai dua seksyen terdiri daripada kuarters berkeluasan 3,300 kaki persegi dan bangunan pelbagai guna seluas 6,400 kaki persegi yang mempunyai gimnasium bertaraf dunia, ruang luas menempatkan bilik media dan bar.

Laluan berbumbungkan kaca menghubungkan kedua-dua bangunan selain rumah tetamu, garaj dan jeti untuk botnya berlabuh.

Woods bapa kepada dua anak boleh merehatkan minda dengan bersantai di bilik terafi oksigen atau bersantai di bilik permainan video bawah tanah atau menonton filem di pawagam peribadi.

Rumah agam yang dibina pada 2010 terletak di Jupiter Island, Florida itu hanya dihuni 900 penduduk menjadikan ia kawasan kejiranan paling eksklusif di kawasan itu.

Restoran milik legenda golf itu 'The Woods' terletak berhampiran estet mewahnya dan jaguh golf dunia seperti Rory McIlroy, Justin Thomas dan Rickie Fowler pernah makan di situ.

TERDAPAT jeti untuk kemudahan bot milik Woods berlabuh.
TERDAPAT jeti untuk kemudahan bot milik Woods berlabuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 2:53 PM