WOODS (kiri) sudah tidak lagi memakai pelindung kaki selepas mengalami kecederaan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya. FOTO Agensi
WOODS (kiri) sudah tidak lagi memakai pelindung kaki selepas mengalami kecederaan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Keadaan terkini Tiger Woods terpapar di Instagram selepas seorang kanak-kanak perempuan di Florida yang sedang berjuang dengan penyakit kanser memuatnaik gambarnya bersama bintang golf itu di padang bola sepak.

Woods, yang mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas terbabit dalam kemalangan di California Februari lalu, masih lagi berjalan menggunakan tongkat tapi sudah tidak mengenakan pelindung kaki.

Gambar berkenaan dimuatnaik Luna Perrone yang berusia 10 tahun.

"Seorang kanak-kanak menghidap kanser tulang dan bersama 'legenda bola sepak," jelas kanak-kanak berkenaan dalam profil Instagram miliknya.

"Saya sempat berbual dengan @tigerwoods hujung minggu lalu sebelum terserempak dengannya di padang bola sepak.

"Dia menyuruh saya untuk terus berjuang dan itulah azimat dan perjuangan saya. Kekal kuat dari segi fizikal dan mental. Dalam masa sama memberi inspirasi kepada orang lain," jelas Perrone.

Juara 15 kali kejuaraan utama itu kali terakhir memuatnaik gambar mengenai dirinya di Instagram pada April lalu iaitu sedang melalui proses pemulihan dengan baik tapi agak perlahan.

Sejak dari itu tidak ada sebarang perkembangan terkini hanya mengucapkan ucapan tahniah di Twitter selepas seteru lamanya, Phil Mickelson muncul juara PGA Championship Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 3:56 PM