WOODS ketika beraksi di Kejohanan Masters Augusta National Golf Club. -FOTO AFP
WOODS ketika beraksi di Kejohanan Masters Augusta National Golf Club. -FOTO AFP
Agensi

New York: Tiger Woods dijangka akan dinamakan sebagai kapten Piala Ryder Amerika Syarikat untuk 2025 - dua tahun lebih awal daripada jangkaan.

Legenda golf itu juga dijangka akan mendapat tugas itu di Ireland pada tahun 2027 - kerana persahabatannya dengan pemilik lapangan golf Adare Manor dan bekas pemegang saham majoriti Manchester United, JP McManus.

Tetapi pemenang 15 kali kejohanan utama yang berusia 48, adalah calon terbaik untuk memimpin negaranya di Bethpage Black di Long Island, New York pada September tahun depan.

Woods sudahpun diberi bayangan berhubung tugas itu sebelum ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Ia susulan kejohanan Masters campuran minggu lalu selepas berjaya mengatasi kecederaan serius yang dialaminya pada bahagian belakang membolehkan dia untuk meneruskan kerjayanya di peringkat tertinggi.

Woods mencipta rekod membuat penampilan 24 kali berturut-turut di Augusta.

Tetapi dia kemudian menamatkan saingan di kedudukan terakhir selepas merekodkan 16 di atas par.

304 pukulan adalah yang tertinggi dalam 26 penampilan di Masters - lebih teruk daripada 301 yang dilakukan dalam empat pusingan pada 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 1:02 PM