Seorang budak lelaki berdiri di atas balkoni dengan pemandangan asap berkepul-kepul akibat serangan Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 28 Mei 2024. FOTO Eyad BABA/AFP)
Seorang budak lelaki berdiri di atas balkoni dengan pemandangan asap berkepul-kepul akibat serangan Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 28 Mei 2024. FOTO Eyad BABA/AFP)
Bernama-Anadolu

Gaza City: Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin pada Selasa dilaporkan terbunuh dalam siri pengeboman besar Israel ke atas kawasan di barat dan tengah Rafah di selatan Semenanjung Gaza, ketika serangan Israel ke atas wilayah kecil itu memasuki hari ke-235.

Menurut koresponden agensi Anadolu (AA), ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah selepas tentera Israel meluaskan serangan ke bandar itu pada Isnin malam.

Antara mangsa di Rafah, tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di Tal al-Sultan, barat laut pusat bandar Rafah, kata sumber perubatan kepada Anadolu.

Serangan hebat Israel semalaman di barat Rafah itu menyebabkan staf perubatan dan pesakit terperangkap di dalam klinik Tal al-Sultan dan hospital lapangan Indonesia di bandar itu, menurut saksi.

Pencerobohan Israel ke atas Rafah menjadikan tentera Israel hampir menguasai sepenuhnya kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir, dikenali sebagai Koridor Philadelphi, zon penampan yang bebas daripada aktiviti ketenteraan, terletak di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir.

Israel meneruskan serangan kejamnya terhadap Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.

Sekurang-kurangnya 36,050 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak dan lebih 81,000 yang lain cedera sejak Oktober.

Israel dituduh melakukan "genosid" di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan bahawa tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 5:25 PM