Pakcik Chin Swee (tengah) bersama Riezman (kiri) dan Johan As'ari
Pakcik Chin Swee (tengah) bersama Riezman (kiri) dan Johan As'ari
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Barisan selebriti tanah air berpeluang menambah pendapatan menerusi platform TikTok yang kini tular dikalangan warganet di seluruh dunia.

KamiSempoi International Agency (KSIA) di bawah kelolaan Ketua Pegawai Eksekutif, To Chin Swee, 36, atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee antara agensi di bawah TikTok Malaysia.

Mereka yang berada dibawah KSIA antaranya pempengaruh TikTok dan selebriti antaranya Datuk Seri Eizlan Yusof, Riezman Khuzaimi, Zed Zaidi, Dazrin Kamarudin, Nita Hamzah, Dynas dan ramai lagi.

Pakcik Chin Swee berkata, pengguna boleh menjana pendapatan sehingga RM1,000 sehari menerusi penggunaan platform TikTok dengan hanya mengekalkan momentum dan disiplin rutin di laman TikTok.

"Sehingga kini, jumlah TikTokers yang berada di bawah kelolaan kami berjaya memperoleh lebih RM100,000 sebulan hasil penggunaan platform TikTok secara konsisten.

"Platform TikTok bukan sekadar untuk mencari hiburan semata-mata, platform ini juga melahirkan bakat baru dunia hiburan, malah mereka juga boleh menjana pendapatan melaluinya.

"Sehingga kini seramai 670 orang TikTokers berada di bawah agensi kami dan mereka dibahagikan kepada empat kategori iaitu Silver Host, Gold Host, Platinum Host dan Celebrity Host," katanya.

Menurutnya, rata-rata 'top talent' mereka berjaya memperoleh tidak kurang antara RM50,000 hingga RM120,000 sebulan sebagai sumber pendapatan.

"Kami terbuka untuk menerima bakat baru dan mensasarkan seramai 2,400 hos di bawah KSIA pada tahun ini. Kami akan ajar daripada zero to hero," katanya.

KSIA ditubuhkan pada 12 Disember 2021 apabila dilantik sebagai salah satu agensi di bawah pihak pengurusan TikTok Malaysia.

Pada 2021 akaun TikTok Swee menjadi tular hingga penggunaan tanda pagar #KamiSempoi di TikTok mencecah jumlah 3.8 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2023 @ 5:09 PM