Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur: Bermula dengan hanya minat, siapa sangka perniagaan Armaggeddon kini mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut di TikTok.

Pengurus Pemasaran, Chan Chi Keat, mengakui sejak menyertai TikTok Shop pada tahun 2022, ia seperti menyelam ke dalam perniagaan apabila platform itu banyak mengajar pasukan mereka cara untuk mengembangkan jualan.

"Kami bukan sahaja memuat naik produk kami di 'beg kuning', malah dibimbing untuk mencari pencipta afiliasi bagi tujuan mempromosikan produk kami.

"Kami juga diajar untuk membuat lebih banyak video TikTok mengenai produk kami, dan digalakkan untuk menyertai kempen TikTok supaya lebih ramai orang dapat mengetahui tentang kami dan apa yang kami tawarkan," katanya.

Mengakui perjalanannya untuk sampai ke tahap sekarang bukan suatu yang mudah, namun dengan bimbingan TikTok tiada yang mustahil apabila mereka boleh menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan pasaran.

"Kami mesti membuat lebih banyak kandungan yang menarik kerana semua orang tahu TikTok adalah platform yang didorong oleh kandungan kreatif dan menarik," tambahnya lagi.

Antara barangan laris dan paling mendapat perhatian pelanggan di TikTok Shop Armaggeddon adalah Monitor dan Papan Kekunci Mekanikal selain daripada pelbagai peralatan berkualiti pada harga mampu milik.

ImageSelain itu, perniagaan Armaggeddon turut memanfaatkan TikTok Shop LIVE yang membenarkan penjual dan pencipta kandungan memasarkan produk secara langsung, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk.

Dengan cara ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan hasil jualan, malah dapat memberi pendedahan kepada pangkalan pengguna yang lebih luas dan pelbagai. 

"Dengan meningkatkan ciri -ciri pengewangannya, kami percaya bahawa TikTok dapat memberikan lebih banyak peluang untuk pencipta dan perniagaan untuk menjana pendapatan secara langsung di platform,"katanya

Dalam pada itu, Chin Keat berharap agar Armaggeddon dapat terus komited menerima maklum balas positif daripada pelanggan dalam membangunkan produk terbaik sesuai dengan keperluan pengguna kini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 9:58 AM