TARIKAN peminat durian terutama cendol di Durian King Taman Tun Dr Ismail.
TARIKAN peminat durian terutama cendol di Durian King Taman Tun Dr Ismail.
Nurul Husna Mahmud


BALIK Pulau, Pulau Pinang, Raub, Pahang dan Kuala Kurau, Perak antara lokasi jelajah penggemar durian.

Namun bagi warga kota raya tidak perlu keluar jauh kerana terdapat ‘port’ yang menawarkan bufet durian untuk peminat raja buah terbabit. Di senaraikan empat lokasi boleh dikunjungi anda kunjungi:

GERAI Say Heng Durian di USJ 14 popular dalam kalangan komuniti Subang Jaya dan luar.
GERAI Say Heng Durian di USJ 14 popular dalam kalangan komuniti Subang Jaya dan luar.

1. Durian King Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Destinasi ini sering dikunjungi peminat durian tempatan tetapi lebih istimewa apabila ia turut menjadi persinggahan selebriti tempatan mahupun antarabangsa.

Kebanyakan durian terdapat di ‘port’ ini adalah dari ladang di Johor dan Pahang. Anda boleh pilih untuk di situ atau dihidangkan di rumah atau majlis istimewa kerana terdapat servis katerer untuk korporat atau majlis persendirian.

Bagi mereka yang tidak gemar menikmati isi durian mentah pencuci mulut seperti cendol durian antara pilihan popular.

2. Gerai Say Heng Durian di USJ 14 Subang Jaya.

Anda yang tinggal di sekitar Subang Jaya, Selangor reputasi gerai ini antara paling ‘harum’ sebagaimana harumnya aroma durian ditawarkan.

Dikatakan, jika rasa durian tidak setara dengan jumlah wang yang anda bayar atau seperti kualiti dijanjikan, buah baru ditawarkan untuk kepuasan anda.

PILIHAN pelbagai dalam satu dulang sampel Durian BB Park Jalan Imbi Kuala Lumpur.
PILIHAN pelbagai dalam satu dulang sampel Durian BB Park Jalan Imbi Kuala Lumpur.

3. Durian BB Park Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Jika sudah bosan dengan ‘format’ ambil sebiji durian dan bayar, kali ini ada pilihan lain buat peminat durian di Durian BB Park apabila mereka boleh rasa pelbagai jenis durian pada satu pinggan.

Jadi, pengunjung tidak hanya menikmati satu genre sebaliknya berlainan jenis dan tekstur yang berbeza pada pakej sajian dulang sampel.

Malah mereka juga turut menyediakan pilihan menu menerusi jenis durian mempunyai tekstur ‘ringan dan lembut’ hinggalah kepada tekstur lebih ‘kick.’

POPULAR dalam kalangan pelancong di Jalan Alor Bukit Bintang.
POPULAR dalam kalangan pelancong di Jalan Alor Bukit Bintang.

4. City Durian Specialist Jalan Alor Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Selain berpeluang menikmati durian segar terdapat pelbagai pencuci mulut atau manisan berasaskan durian boleh dinikmati di sini. Namun sebelum meninggalkan lokasi, jangan lupa merakam kenangan bersama ukiran durian.

CAPTION

1. TARIKAN peminat durian terutama cendol di Durian King Taman Tun Dr Ismail.

2. GERAI Say Heng Durian di USJ 14 popular dalam kalangan komuniti Subang Jaya dan luar.

3. PILIHAN pelbagai dalam satu dulang sampel Durian BB Park Jalan Imbi Kuala Lumpur.

4. POPULAR dalam kalangan pelancong di Jalan Alor Bukit Bintang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 10:17 AM