LUAS jajaran perangkap kupang di perairan laut Pengerang. FOTO Ihsan PETRONAS
LUAS jajaran perangkap kupang di perairan laut Pengerang. FOTO Ihsan PETRONAS
Nurul Husna Mahmud

MENGUNJUNGI perkampungan Orang Asli Seletar di Kampung Kota Masai, Johor Bahru, Johor baru-baru ini, rasanya tidak sukar memahami betapa mereka masih berpegang pada gaya hidup tradisi.

Saban waktu rutin harian mereka turun ke laut menangkap ikan dan hanya pulang awal pagi keesokan harinya atau tengah malam bagi menurunkan hasil laut.

Apabila air surut dan bot tidak dapat ke laut, waktu itu mereka membersihkan hasil laut seperti kupang untuk dijual kepada peraih mahupun pengusaha restoran.

PEMANDANGAN dari kampung Kota Masai. FOTO Ihsan PETRONAS
PEMANDANGAN dari kampung Kota Masai. FOTO Ihsan PETRONAS

Berkenaan Orang Asli Seletar yang turut digelar ‘gipsi laut’ suatu ketika dulu mereka banyak menghabiskan masa di atas sampan dan hidup nomad.

Selain laut mereka banyak menghabiskan masa di kuala sungai.

Jadi tidak hairanlah kehidupan masyarakat itu cukup terkesan apabila wujud aktiviti industri yang memberi perubahan kepada ekosistem di perairan sekitar terutama Pengerang.

LADANG kupang menggunakan kaedah biasa lebih ekonomi. FOTO Ihsan PETRONAS
LADANG kupang menggunakan kaedah biasa lebih ekonomi. FOTO Ihsan PETRONAS

Melihat kepada usaha pembangunan ekonomi komuniti itu, seramai 100 nelayan Orang Asli Seletar dari lima kampung terbabit dengan projek akuakultur ternakan kupang.

Projek berkenaan adalah inisiatif Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn Bhd bersama Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) menerusi Program Pemulihan Mata Pencarian sejak Mac lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan Azli Mohd Aziz, berkata usaha itu disambut baik kerana membangunkan komuniti setempat terutama nelayan kecil yang terkesan dengan projek industri di kawasan berkenaan, malah meningkatkan lagi jumlah penghasilan kupang dari kawasan berkenaan.

ANITA Azrina (kanan) dan Azli (tiga dari kanan) melihat hasil kupang di ladang kupang Kota Masai. FOTO Zain Ahmed
ANITA Azrina (kanan) dan Azli (tiga dari kanan) melihat hasil kupang di ladang kupang Kota Masai. FOTO Zain Ahmed

“Tindakan Petronas menaja projek ternakan kupang bagi masyarakat Orang Asli Seletar antara usaha korporat yang boleh dijadikan contoh dalam membantu komuniti.

“Disertai seramai 100 nelayan bermakna antara 500 hingga 600 ahli keluarga nelayan dapat manfaat kerana menawarkan pendapatan tambahan kepada isi rumah.

“Aktiviti ternakan kupang di kawasan itu antara paling bagus kerana ekosistem perairannya yang sesuai.

“Malah dibandingkan mana-mana tempat, ‘ladang’ kupang ini yang terbesar di Malaysia,” katanya.

PEMANDANGAN udara ladang kupang untuk projek pemulihan mata pencarian nelayan. FOTO Ihsan PETRONAS
PEMANDANGAN udara ladang kupang untuk projek pemulihan mata pencarian nelayan. FOTO Ihsan PETRONAS

Tidak mahu program memperkasakan komuniti terjejas dengan aktiviti Pengerang hanya memberi pulangan sementara mahupun dikatakan ‘syok sendiri’ Petronas menjalankan tinjauan lapangan dan kajian penuh berkenaan kesesuaian jenis bantuan atau inisiatif dilaksanakan terlebih dahulu.

Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Risiko PRPC, Datin Anita Azrina Abdul Aziz melihat prospek ternakan itu kurang risiko tetapi memberi pulangan baik selain sesuai untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli berkenaan.

PENDUDUK kampung menuai kupang. FOTO Ihsan PETRONAS
PENDUDUK kampung menuai kupang. FOTO Ihsan PETRONAS

“Dulu ada 30 hingga 40 nelayan di sini menjadikan perairan Pengerang sebagai kawasan menangkap ikan.

“Disebabkan faktor keselamatan, kini aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan di kawasan itu.

“Kami berasa bertanggungjawab membantu memulihkan semula mata pencarian mereka menerusi Program Pemulihan Mata Pencarian dengan peruntukan sekitar RM1.5 juta merangkumi latihan, pembiayaan peralatan, pemantauan air dan lain-lain selama tiga tahun.

LAKUKAN penyisihan kupang daripada tali perangkap. FOTO Ihsan PETRONAS
LAKUKAN penyisihan kupang daripada tali perangkap. FOTO Ihsan PETRONAS

“Mengenai ternakan ‘ladang’ kupang ini pemasangan perangkap dijangka berlangsung dalam dua fasa.

“Untuk fasa pertama, kita sudah memasang tiga tali besar perangkap kupang bersamaan dengan 3,000 tali perangkap kecil pada Mac lalu,” katanya.

Dijangka hasil kupang pertama bakal dituai pada September atau Oktober iaitu kira-kira enam bulan selepas perangkap dipasang.

PEMBERSIHAN kupang diupah mengikut guni. FOTO Ihsan PETRONAS
PEMBERSIHAN kupang diupah mengikut guni. FOTO Ihsan PETRONAS

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 6:30 AM