Zarina Zainuddin
Zarina Zainuddin

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin, 54, sangat bersyukur apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 anaknya Muhammad Adam Azrai cemerlang dengan memperoleh 6A 2B.

Bagi Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, melihat anaknya berjaya adalah impian yang cukup manis buatnya sebagai ibu.

"Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM. Dia dapat 6A 2B+. Syukur. Sebagai seorang ibu, itu pun saya sudah bersyukur sangat. Ibu tak pandai, biarlah anak pandai.

"Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya," katanya.

Zarina berkongsi khabar gembira itu dan memuat naik keputusan SPM Adam menerusi Instagram.

Adam memperoleh gred A dalam Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan. Untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan, anaknya memperoleh gred B.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen juga tumpang gembira dengan kejayaan Adam. Mereka turut mengucapkan tahniah buatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 1:12 PM