Abby bersama anaknya
Abby bersama anaknya

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga ibu kepada Marissa Dania, Abby Abadi menyelar tindakan beberapa portal tidak bertanggungjawab yang mendakwa dia menyuruh anaknya bercerai.

Abby menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin pernikahan anaknya di Thailand yang tular baru-baru ini.

"Mana datang kenyataan ini? Saya tak pernah mengiyakan mengenai pernikahan di Thailand itu.

"Macam mana (boleh) kata saya suruh mereka bercerai pula?" tulisnya.

Tambah Abby, dia tidak pernah membela atau memenangkan anaknya sejak isu berkaitan Marissa timbul sebelum ini.

"Kalau betul berlaku seperti yang digembar, Allah-lah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya," tulisnya.

Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2024 @ 4:31 PM