DJ Lin. Foto Aziah Azmee
DJ Lin. Foto Aziah Azmee
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mengaku terkesan dengan kecaman hebat daripada netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar berhubung kenyataan Tyzo mendakwa dia dianiaya oleh DJ Lin.

Menurut DJ Lin, dia bagaimanapun memohon doa agar Allah memberi keredaan kepadanya menerima segala ujian yang berlaku.

"Tipulah kalau saya katakan tidak terasa hati atau terkesan dengan kecaman negatif yang sangat hebat daripada netizen ketika ini.

"Cuma saya berdoa kepada Allah supaya saya reda atas apa yang terjadi. Saya terima jika ini adalah ujian untuk mematangkan saya.

"Lagipun saya pun baru berhijrah (bertudung) dan masih belajar untuk menguatkan emosi. Setiap hari saya cuba reda dengan segala ketentuan ini.

"Saya kena kuat demi jenama Suria FM. Cuma saya ingin tegaskan saya berada di pihak yang benar dan kesalahan (tuduhan) yang dilemparkan itu saya tidak lakukan," katanya.

Menurut DJ Lin, dia tidak menyangka permulaan tahun 2024 dia terpaksa berdepan kontroversi yang amat dahsyat.

"Mungkin ada hikmah menanti saya. Saya ini hanyalah kakitangan dan makan gaji saja.

"Cuma bezanya saya ini bukan staf kontrak seperti penyampai radio lain. Tapi segala keputusan akhir membabitkan penyampai dan masa depan Suria FM adalah daripada pihak pengurusan tertinggi Suria FM," katanya.

Berita berkaitan:

DJ Lin anggap Tyzo macam adik

Sudah lali dikecam, jangan babitkan anak-anak saya - DJ Lin

DJ Lin jadi mangsa, Tyzo mahu kontrak 6 bulan

Kontrak tamat, reda sajalah ada rezeki lain - Ikhwan

Soal 'demand' gaji atau tak, Tyzo tunggu kenyataan rasmi Suria

Shiera harap kepulangan Tyzo

'Hot, Era, Sinar, Ikim atau radio RTM, saya sedia bincang' - Tyzo

RTM lamar Tyzo

Hot FM bukan nak ambil Tyzo

Anna Aljuffrey simpati dengan nasib Tyzo

'Politik' stesen radio lebih 'kejam'

'Ini harga terpaksa dibayar lepas menang trofi? - Tyzo

Tyzo tidak lagi bersama Suria FM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 6:40 PM