Penyampai radio, Anna Aljuffrey.
Penyampai radio, Anna Aljuffrey.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Bekas penyampai Suria FM, Anna Aljuffrey simpati dengan nasib Tyzo Zander yang terpaksa meninggalkan stesen radio itu semalam.

Anna yang kini penyampai di stesen radio Molek FM berkata, Tyzo ada menghubunginya dan berkongsi perasaan sebelum perkara ini berlaku.

"Dia selesa bercerita dengan saya walaupun kami belum lama kenal. Saya pun tak tahu kenapa. Saya pun menasihatkan dia supaya banyak bersabar dengan apa yang berlaku.

"Saya katakan padanya, ini Allah yang aturkan. Abang keluar dari Suria FM, akan terbuka luas lagi rezeki di luar sana kerana abang dah ada satu benda yang abang bawa.

"Jenama Tyzo Zander dah besar kerana menang anugerah. Bertahun-tahun kerja akhirnya capai satu kejayaan. Bukan kita kerja untuk harap anugerah tapi kita dapat satu pengiktirafan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya Tyzo tidak perlu risau kerana dia ada jenama yang sudah melekat di hati orang untuk mendengar Suria FM.

"Orang ikuti stesen radio itu untuk dengar suara dia. Jadi, lepas ini ke mana pun dia pergi, insya-Allah orang akan ikuti dia secara rapat. Rezekinya lagi luas mungkin boleh jadi pengacara TV, penyampai radio ataupun usahawan lagi besar.

"Dia pun memang ada perniagaan sendiri. Apa-apapun dia memang akan rasa sedih kerana tiada kesalahan dari dia dan dia rasa teraniaya. Tyzo seorang yang baik," katanya.

Anna menyertai Suria FM selama setahun tiga bulan dari Mac 2022 sehingga Jun tahun lalu. Dia terpaksa melupakan kerjaya di stesen radio selama enam bulan sebelum ditawarkan bersama Molek FM pada 20 Disember lalu.

Berita berkaitan:

'Politik' stesen radio lebih 'kejam'

'Ini harga terpaksa dibayar lepas menang trofi? - Tyzo

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2024 @ 2:39 PM