TYZO
TYZO
Serimah Mohd Sallehuddin

Kuala Lumpur: Penyampai radio Suria FM, Tyzo menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.

Katanya, kebiasaannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.

Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.

"Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak 'update' pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

"Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

"Saya mengaku ada minta naikkan gaji RM500 walaupun pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.

"Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji," katanya.

Berita berkaitan:

DJ Lin anggap Tyzo macam adik

Saya hanya makan gaji, keputusan akhir dibuat pengurusan tertinggi - DJ Lin

DJ Lin jadi mangsa, Tyzo mahu kontrak 6 bulan

Kontrak tamat, reda sajalah ada rezeki lain - Ikhwan

Soal 'demand' gaji atau tak, Tyzo tunggu kenyataan rasmi Suria

Shiera harap kepulangan Tyzo

'Hot, Era, Sinar, Ikim atau radio RTM, saya sedia bincang' - Tyzo

RTM lamar Tyzo

Hot FM bukan nak ambil Tyzo

Anna Aljuffrey simpati dengan nasib Tyzo

'Politik' stesen radio lebih 'kejam'

'Ini harga terpaksa dibayar lepas menang trofi? - Tyzo

Tyzo tidak lagi bersama Suria FM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 7:24 PM