Caprice. FOTO Aizuddin Saad
Caprice. FOTO Aizuddin Saad
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Caprice mengupah seorang pengawal peribadi untuk memantau keselamatan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tatto yang kini berada di Malaysia.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia bertanggungjawab menjaga keselamatan Mondy sepanjang tempoh kes siasatan dijalankan.

"Kita tidak tahu bagaimana keselamatan Mondy jika dia pulang sekarang. Kami menjangkakan dia akan berada di sini sehingga kes ini tamat.

"Jadi dalam tempoh terbabit, dia akan berada di bawah jagaan pihak saya. Untuk waktu ini dia berada dalam keadaan selamat 24 jam.

"Seratus peratus keselamatan Mondy di bahu kami. Malah saya juga dah berbincang dengan kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti," katanya.

Menurut Caprice, dia tidak dapat berkongsi tempoh Mondy akan berada di negara ini.

"Mondy selamat dalam jagaan kami, dan bagi kami dia tetamu yang perlu disantuni. Saya datang dari keluarga diplomatik, bapa saya pernah bertugas di Wisma Putra dan pesan dia, supaya kami sentiasa hormati tetamu.

"Kalau 'korang semua' pergi ke Airbnb (tempat Mondy tinggal), kami memang 300 peratus jaga tetamu. Nak makan apa, nak buat apa…Sedaya upaya kami cuba penuhi," katanya.

Ditanya mengenai harapan berhubung kes membabitkan dirinya dengan pendakwah terkenal Ebit Lew, Caprice menjawab keadilan akan berada pada pihak yang benar. 

"Harapan saya adalah untuk menegakkan keadilan kepada semua yang pernah menjadi mangsa, bukanlah Mondy sahaja.

"Mangsa seksual, kita tidak sepatutnya kecam mereka secara melulu. Saya harap mereka ini diberi peluang agar dapat membela diri. Insya-Allah kebenaran dan keadilan sentiasa berada di pihak mangsa," katanya.

Terdahulu Mondy mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Berita berkaitan:

Bapa Mondy terpedaya dengan muslihat Ustaz Derry - Caprice

'Mondy mengaku berbohong, semuanya demi wang' - Ustaz Derry

'Mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew, anak saya Mondy susah diatur'

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Caprice cabar serah surat saman

Polis siasat Ebit Lew

Tiba dari Jeddah, Ebit Lew terus buat laporan polis

'Kami tiada masa nak jatuhkan sesiapa' - Caprice

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2023 @ 7:58 PM