MONDY Tatto yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.
MONDY Tatto yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis sudah memanggil 13 saksi bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menerima laporan dibuat mangsa yang berasal dari Indonesia, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan penafian sejurus pulang dari luar negara.

"Dia kemudian membuat satu lagi laporan penafian yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Setakat ini polis sudah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes itu," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi lagi bagi melengkapkan siasatan berkenaan.

Katanya, wanita warga Indonesia itu juga masih berada di negara ini.

Ditanya mengenai dakwaan polis merampas telefon bimbit milik wanita itu, kata beliau, ia adalah prosedur biasa dalam siasatan.

"Kita ambil telefon dia untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bagi siasat pengisian di dalamnya sama dengan apa yang diberitahu, masa kejadian dan lain-lain lagi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis memulakan siasatan terhadap Ebit Lew berhubung dakwaan laporan polis yang dibuat wanita Indonesia.

Polis juga turut merakam keterangan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.

Berita berkaitan:

Bapa Mondy terpedaya dengan muslihat Ustaz Derry - Caprice

'Buat apa saya nak bayar Mondy?' - Caprice

'Mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew, anak saya Mondy susah diatur'

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Caprice cabar serah surat saman

Polis siasat Ebit Lew

Tiba dari Jeddah, Ebit Lew terus buat laporan polis

'Kami tiada masa nak jatuhkan sesiapa' - Caprice

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2023 @ 7:06 PM