TANGKAP layar lelaki dipercayai bapa Mondy ketika berisaran langsung dengan Ustaz Derry. Gambar kecil Mondy Tattoo. FOTO Media Sosial
TANGKAP layar lelaki dipercayai bapa Mondy ketika berisaran langsung dengan Ustaz Derry. Gambar kecil Mondy Tattoo. FOTO Media Sosial
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: "Saya mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew atas kelakuan anak saya, mungkin anak saya dalam tekanan atau digunakan orang tak bertanggungjawab."

Demikian reaksi lelaki dipercayai bapa kepada wanita Indonesia dikenali Mondy Tattoo atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda dalam satu video tular ketika bersiaran langsung dengan pendakwah, Ustaz Derry Sulaiman di TikTok.

Dalam sesi siaran langsung itu, bapa Mondy berulang kali memohon maaf kepada Ebit Lew atas keterlanjuran kata anaknya dan meluahkan perasaan sedih dengan apa yang berlaku.

Jelasnya, penyanyi Rap Caprice mahupun isterinya, Farra Elis tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin bagi membawa Mondy ke Malaysia.

"Tak pernah berhubung dengan saya atau minta izin dengan saya sebagai orang tua," katanya.

Menurut lelaki itu, Mondy juga tidak bertemu dengannya selepas pulang ke kampung di Kerawang, Indonesia sebelum kembali semula ke Malaysia.

"Pertama kali Mondy pergi ke Malaysia saya sudah minta dia bagi nombor sesiapa supaya saya boleh menghubunginya tapi tak dapat.

"Jadi saya mahu berkomunikasi dengan siapa? Di sini juga kebingungan kerana minta nombor pak ustaz (Ustaz Derry Sulaiman) juga tiada.

"Anak saya Mondy susah diatur, Ya Allah, Ya Rasulullah, saya sebagai orang tua bagaimana?" luahnya.

Di akhir perbualan dengan Derry, lelaki itu menangis dan mendoakan anaknya dalam keadaan baik.

"Saya hanya mendoakan anak saya Mondy semoga sihat di sana. Di sini orang tua hanya mampu mendoakan, tidak minta apa-apa dengan saya," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial satu rakaman video temubual bersama Mondy yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Susulan pendedahan itu, pendakwah popular, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor susulan fitnah dilemparkan terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat kelmarin sebaik Ebit Lew pulang dari Jeddah, Arab Saudi dan dia sudah dipanggil polis untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan hari ini berkata, polis sudah merakam percakapan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam bagi membantu siasatan laporan dibuat Ebit Liew.

Berita berkaitan:

Bapa Mondy terpedaya dengan muslihat Ustaz Derry - Caprice

'Mondy mengaku berbohong, semuanya demi wang' - Ustaz Derry

'Buat apa saya nak bayar Mondy?' - Caprice

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Caprice cabar serah surat saman

Polis siasat Ebit Lew

Tiba dari Jeddah, Ebit Lew terus buat laporan polis

'Kami tiada masa nak jatuhkan sesiapa' - Caprice

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2023 @ 3:00 PM