PROMOSI hebat menanti pelanggan Lotus’s sempena  kempen Kongsi Ceria.
PROMOSI hebat menanti pelanggan Lotus’s sempena kempen Kongsi Ceria.
Sri Ayu Kartika Amri


LOTUSS Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meraikan ulang tahun kedua dengan menawarkan kempen Kongsi Ceria yang merangkumi pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.

Pengarah Eksekutif Pelanggan & Pemasaran Lotus's Malaysia, Nuathip Pituckponstorn berkata, matlamat utama syarikat adalah untuk memberikan pelanggan pengalaman beli-belah menyeronokkan.

"Tahun ini kami mahu ia menjadi detik yang tidak dapat dilupakan.

"Kami sudah menyediakan pelbagai promosi, ganjaran dan aktiviti merangkumi intipati jenama kami dan paling penting membawa kegembiraan kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

Di bawah tema Kongsi Ceria, Lotus's Malaysia turut memberi ganjaran kepada pelanggan setianya dengan memilih dan memberi ganjaran secara rawak kepada lima ahli My Lotus's yang aktif setiap minggu dengan baucar hadiah bernilai RM280,000 bermula 9 Mei hingga 6 Jun 2024.

Kempen Kongsi Ceria juga merangkumi tawaran ulang tahun istimewa RM2, promosi berkembar beli satu percuma satu untuk lebih 125 barisan produk dengan diskaun 80 peratus bagi pembelian item kedua dalam kategori rangkaian kecantikan, penjagaan diri.

Selain itu, setiap Rabu Happy Hour Delights bermula 2 hingga 4 petang diskaun turut ditawarkan bagi makanan laut, makanan segar, minuman, barangan alat tulis dan barangan rumah.

Bagi ahli My Lotus's pula mereka bakal menerima lebih penjimatan yang di mana mereka akan menerima enam kupon diskaun peribadi sehingga Disember 2024.

Sementara itu, ahli yang baru mendaftar akan menikmati empat kupon diskaun dan baucar tambahan RM5 pada bulan pertama keahlian mereka.

Sepanjang kempen, Lotus's juga menggandakan mata ahli My Lotus's pada transaksi yang dibuat pada hari Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 6:15 AM