Mondy.
Mondy.
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman tampil membela rakan seperjuangannya Ebit Lew dan menyangkal dakwaan dilemparkan wanita dikenali Mondy Tattoo dalam rakaman temubual podcast bersama penyanyi rap, Caprice.

Derry berkongsi video di media sosial dengan mendedahkan mesej perbualan WhatsApp bersama Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda.

Dalam perbualan itu, Derry meminta Mondy mengaku dengan jujur berhubung niatnya mendedahkan sesuatu yang kurang elok mengenai Ebit.

Derry mendakwa Mondy mengaku pendedahannya mengenai gangguan seksual itu satu pembohongan dan semuanya dilakukan demi wang.

"Ia yang masalah pemerkosaan (dirogol) tak benar, Mondy bohong. Yang dipegang-pegang juga Mondy bohong, sebenarnya tiada yang begitu.

"Mondy cuma mahu wang," katanya mendedahkan WhatsApp Mondy.

Dakwanya, wanita berkenaan ditawarkan wang untuk berbohong dan tidak kisah jika mereka yang menonton video enggan mempercayainya.

Derry berkata, dia juga tidak mengenali Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli malah tidak mengikuti perkembangannya di media sosial.

"Jadi hati-hati, jangan jahat sama (dengan) orang, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui," katanya.

Terdahulu, pendakwah itu mendapat perhatian kerana bersiaran langsung di TikToK bersama seorang lelaki dipercayai bapa Mondy.

Dalam video berdurasi tujuh minit 58 saat itu, lelaki terbabit memohon maaf kepada Ebit atas keterlanjuran kata anaknya yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah ketika pertama kali tiba di Malaysia.

Susulan pendedahan Mondy, Ebit membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor mendakwa difitnah dan Polis Selangor setakat ini sudah merakam percakapan Caprice dan Mondy untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan:

Bapa Mondy terpedaya dengan muslihat Ustaz Derry - Caprice

'Buat apa saya nak bayar Mondy?' - Caprice

'Mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew, anak saya Mondy susah diatur'

Polis sudah rakam percakapan Caprice, Mondy

Caprice cabar serah surat saman

Polis siasat Ebit Lew

Tiba dari Jeddah, Ebit Lew terus buat laporan polis

'Kami tiada masa nak jatuhkan sesiapa' - Caprice

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2023 @ 4:38 PM