Dottie
Dottie
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur : Pelakon, Dottie mendedahkan dia sudah tiga tahun bercerai dengan bekas suami, Mohd Haffis Abu Hassan.

"Ya, saya dah bercerai tiga tahun lalu. Saya pun dah tak ingat secara terperinci sebab benda tak menyeronokkan, tak perlu diingat," katanya.

Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak, 35, berkata, dia mahu menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan belum bersedia untuk mencari pengganti.

"Buat masa sekarang, saya nak bergembira dulu. Saya sendiri belum bersedia untuk mencari pengganti," katanya.

Ditanya mengenai kerjayanya sebagai pelakon, Dottie berkata, tawaran kerja lakonan semakin perlahan sekali gus mendorongnya untuk mencari peluang baharu di TikTok.

"Kerjaya lakonan saya agak perlahan sedikit. Tak ada banyak tawaran kerja. Disebabkan itu, saya beralih ke platform TikTok.

"Tambahan pula, sekarang semakin banyak persaingan baharu dan tiba masanya untuk meneroka peluang baharu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2023 @ 5:57 PM