PUTERI Sarah. FOTO Arkib NSTP
PUTERI Sarah. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak selesa apabila namanya 'dipetik' dan dikatakan bakal berkahwin dengan rakan perniagaan, Andi Arsyil. 

Sarah, 39, ketika dihubungi berkata, tindakan seorang individu yang memetik huruf PSL yang mewakili namanya dikatakan bakal berkahwin, menimbulkan fitnah. 

"Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah. 

"Kami hanyalah rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut. 

"Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah. 

"Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang itu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu," katanya kepada Harian Metro. 

Tambah Sarah, dia dah Andi, 37, bersiaran langsung di platform media sosial TikTok, untuk menjual produk jualan mereka. 

"Saya buat siaran langsung pun, sebab saya jual barang di TikTok. Tapi, itu bukan alasan untuk kamu nak buat lawak dan keluarkan kenyataan mengatakan saya nak kahwinlah atau apa," katanya. 

Ditanya sama ada dia akan berkahwin dalam masa terdekat sekiranya dipertemukan dengan jodoh baharu, bekas isteri pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu berkata, sekarang bukan masanya. 

"Bukan sekarang. Belum lagi masanya. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini. 

"Sekarang, alhamdulillah selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater, memang saya 100 peratus tumpukan kepada perniagaan," katanya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 10:34 AM