Ardell Aryana yang selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, tengah malam tadi. 
Ardell Aryana yang selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, tengah malam tadi. 

Kuala Lumpur: Pelakon, Nadzmi Adhwa berkongsi berita mengenai isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana yang selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, tengah malam tadi. 

Dalam hantarannya di Instagram, Nadzmi, 31, berkongsi rasa kesyukurannya atas kelancaran proses bersalin isterinya secara normal di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan. 

"Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini, 25 Julai 2023, jam 12.58 malam tadi. 

"Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat," tulisnya. 

Nadzmi bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai jantina bayi mereka. 

Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 11:52 AM