Akaun TikTok yang menggunakan nama Ellie.
Akaun TikTok yang menggunakan nama Ellie.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty meminta pengikutnya tidak terpedaya dengan kewujudan beberapa akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama dan gambarnya di media sosial.

Menurut Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar, 53, dia tidak pernah membuka akaun TikTok di media sosial sebelum ini.

"Assalamualaikum dan Hi guys, Jangan kena scam! Saya tak pernah buka akaun TikTok dan saya takda TikTok.

"So sesiapa yang follow akaun TikTok ini, Ellie Suriati, maka u all kena scam by a desperate (terdesak) scammer (penipu) yang menyamar jadi diri saya.

"Please unfollow this TikTok account, thank you," tulisnya.

Menjawab komen balas seorang pengikutnya, Ellie berkata, dasyat betul cara orang sekarang.

"Langsung tak tahu malu sampai sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk ambil kesempatan. Takda maruah diri langsung.

"Lebih teruk, kalau dia (scammer) buat jenayah, buat cerita sedih minta duit sana sini dan aibkan saya," katanya.

Perkongsian Ellie di laman Instagram itu mendapat banyak maklum balas dari pengikutnya termasuk rakan artis di laman Instagram. Antaranya pelakon Jay Iswazir, Wan Raja dan Anne Abdullah.

Pada masa sama, Ellie juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Anne Abdullah yang membuat laporan pemilik akaun TikTok palsu terbabit kepada pihak TikTok Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2023 @ 1:10 PM