Sophia AlBarakbah
Sophia AlBarakbah
Najiy Jefri


Kuala Lumpur : Gara-gara pendedahan penyanyi, Bella Astillah mengenai tindakan seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz, nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi sasaran netizen.

Sophia yang dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama Aliff menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dilaporkan sudah mengehadkan komen di Instagram.

Bagaimanapun, semakan ke ruangan komen mendapati ada netizen yang sempat meninggalkan komen pada hantaran gambar yang dimuat naik Sophia pada 11 Januari lalu.

"Saya peminat anda. Tolong jangan dengan suami orang. Tolong sangat," tulis seorang pengikut.

"Datang dari TikTok. Yang ini ke weh? Ke orang lain?," komen netizen.

"Jangan ambil suami orang," komen seorang netizen.

Sebelum ini nama Sophia dan Aliff menjadi bualan ramai dalam media sosial selepas tular video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Babak romantis dalam video itu mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila Aliff dilihat menyentuh rambut Sophia sekali gus mewujudkan kebimbangan umum yang risau episod hitam Aliff sebelum ini berulang kembali.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Sophia bagi mendapatkan kenyataannya berhubung perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 3:59 PM